Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakar sejarah dan penulis, Ranjit Singh Malhi berpendapat terdapat kecondongan atau berat sebelah terhadap Islam dan bangsa Melayu dalam penulisan buku sejarah Malaysia.

Justeru, katanya, beliau tidak akan mendiamkan diri.

NONE "Tidak apa, jika saya hilang beberapa juta (dalam kontrak buku). Saya tidak akan jadi popular. Tidak mengapa. Jangan jual diri anda... Bercakap benar dan elakkan kejahatan,” kata ahli sejarah itu pada satu forum anjuran, Persatuan Guru Katolik di Petaling Jaya.

Menyesali buku teks hari ini yang didakwanya berat sebelah dan ‘memihak’ itu, Ranjit juga membidas beberapa orang pakar sejarah lain yang tidak mahu mengakui hakikat berkenaan.

Beliau memetik kenyataan beberapa ahli sejarah tempatan yang pandangan mereka disiarkan di akhbar arus perdana yang menolak penulisan buku teks sejarah di Malaysia sebagai berat sebelah.

Sebagai bukti dakwaannya, Ranjit juga mengemukakan penyelidikannya yang menunjukkan bahawa peranan agama lain telah diperkecilkan. Katanya, signifikan agama Islam telah diperbesarkan daripada 17 peratus di empat buku teks sejarah tingkat empat sebelum ini kepada 41 peratus yang digunakan di sekolah-sekolah hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS