Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'wak: Najib teliti 'surat cinta' selepas dapat undi

Galeri Foto

Walaupun sebelum ini BN mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan dalam programnya, pendekatan Datuk Seri Najib Razak hari ini agak berbeza apabila beliau berjanji meneliti aduan penduduk selepas hari mengundi.

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

NONE "Boleh atau tidak?," kata Najib lagi sambil disambut laungan "boleh" oleh hampir 2,000 penduduk di Spaoh, dekat Betong.

Spaoh merupakan satu lokasi dalam kawasan DUN Bukit Saban – salah satu kawasan DUN luar bandar yang menjadi tumpuan Najib dalam program pertemuan ramah mesranya di Betong, Sarawak hari ini.

Bukit Saban merupakan salah satu kawasan yang dikunjungi Najib hari ini dalam program tinjauannya ke beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong.

Parlimen Betong merupakan kawasan majoriti Melayu dengan tiga DUN iaitu Layar, Saribas dan Bukit Saban. Selain Layar, dua kerusi lagi dikatakan tidak selamat buat BN pada masa ini.

Dalam ucapannya, Najib turut memberi jaminan bahawa isu tanah adat (NCR) akan selesai dengan peruntukan besar RM80 juta bagi menanganinya.

"Kita sudah lulus RM juta. Itu tahun sudah. Tahun ini RM30 (juta). Tahun depan lagi RM30 juta. Jadi semua RM80 juta," katanya.

Beliau juga memberikan jaminan, pada tahun depan, 90 peratus masalah keperluan asas melibatkan jalan raya, bekalan air dan elektrik akan diselesaikan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengambil kesempatan menghentam PKR dengan pelbagai gelaran seperti "parti mata satu", "parti keluar beramai-ramai" dan "parti anak beranak."

NONE "Itu parti anak-beranak. Tetapi saja jadi perdana menteri, saya tak lantik isteri saya jadi timbalan perdana menteri," katanya yang menjelaskan bawah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor hanya terlibat dalam hal kebajikan orang kurang upaya dan pelajar prasekolah.

Sebelum itu, kedatangan Najib turut disambut sekumpulan kira-kira 30 penyokong PKR yang turut membawa bendera parti.

Kumpulan kecil itu dilihat cuba 'mengusik' perdana menteri dengan sekali-sekala membuat bising dan melaungkan reformasi.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku.

Dalam kunjungan seterusnya, Najib tiba di Lubok Antu yang menempatkan kawasan DUN Batang Ai – sebuah kawasan majoriti Iban di kawasan pedalaman Sarawak.

Penungguan lebih sejam kira-kira 300 warga Lubok Antu di majlis pertemuan itu – termasuk anggota polis dan Rela – terubat apabila perdana menteri tiba bersalaman dengan mereka.

Datuk Najib Razak bagaimanapun hanya berucap ringkas kira-kira lima minit bagi merayu sokongan diberikan pada calon BN Batang Ai Malcom Mussen.

Dalam majlis yang bermula pada kira-kira jam 5 petang itu, Najib turut menyeru kepada pengundi untuk memberikan kemenangan besar pada BN.

"Calon kita akan mendapat sokongan daripada perdana menteri Malaysia. Jangan percaya cakap hantu. Kita dalam BN, kita buat, kita laksana," katanya lagi.

ADS