Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM anjur perhimpunan sokong anti rasuah
Diterbitkan:  Apr 15, 2011 4:58 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Satu perhimpunan besar-besaran sebagai tanda sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam usahanya membasmi gejala rasuah akan diadakan Julai ini.

azlan Perhimpunan yang dijangka dihadiri 10,000 orang itu adalah kemuncak kepada program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir bulan ini.

Presiden pertubuhan itu, Datuk Shahrul Nizam Yunos, berkata perhimpunan bertemakan 1Rakyat 1Integriti itu sebagai gelombang sokongan kepada SPRM untuk terus menjalankan tangungjawab tanpa takut dan tunduk kepada mana-mana pihak.

Beliau sebelum itu menyerahkan satu memorandum sokongan kepada SPRM di sini hari ini. Memorandum itu diterima oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Ahli pertubuhan itu yang hadir menyaksikan penyerahan memorandum itu melaungkan "Hidup SPRM" dan "Hapuskan Rasuah" selain membawa beberapa sepanduk untuk menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan dan kakitangan agensi itu.

- Bernama

ADS