Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bimbang berlakunya politik wang pada saat terakhir kempen, menyebabkan Pakatan Rakyat menghantar 'perisik' ke rumah panjang bagi mengutip bukti terhadap dakwaan itu.

Pembelian undi dikatakan selalu berlaku pada malam sebelum pengundian (malam ini), terutamanya di kawasan Iban.

Pengundi dikatakan akan berjaga malam bagi menunggu kedatangan wang tunai daripada ejen parti.

Semalam, memetik seorang kapitan, Malaysiakini melaporkan senarai nama diberikan kepada agen supaya wang dapat diagihkan.

Menurut pengarah kempen PKR dan DAP di pelbagai kawasan luar bandar, menyedari strategi 'carpet bombing' dengan menyuntik wang pada saat-saat akhir, Pakatan kini mempunyai cara mengatasinya.

"Mungkin kita boleh hantar orang ke rumah panjang, tetapi mesej penting yang hendak kita sampaikan pada lawan kita, 'kami melihat anda'," kata pengarah kempen PKR kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, DAP di Sri Aman mengambil pendekatan lebih agresif, dengan menawarkan hadiah wang tunai kepada pihak yang dapat mengambil gambar kejadian itu.

ADS