Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tujuh kes pembalakan haram dikesan di Pahang
Diterbitkan:  Apr 18, 2011 1:23 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Sebanyak tujuh kes kesalahan hutan membabitkan tindakan mahkamah oleh Jabatan Perhutanan termasuk dua kes pembalakan haram dikesan dari tahun 2006 hingga tahun lalu.

bukit komon gold mine 020306 adnan pc Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kes pembalakan haram itu dilakukan mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984, pindaan 1993 (Akta 313).

Katanya lima kes lain membabitkan kesalahan seperti memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) tanpa kebenaran, memindah hasil hutan dari tanah milik tanpa lesen, membuang sampah di HSK dan memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang.

"Jabatan Perhutanan sebagai agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan memandang serius mengenai isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram.

"Ini kerana kegiatan terbabit memberi kesan negatif terhadap biodiversiti, kualiti hutan dan alam sekitar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Ng Keong Chye (BN-Ketari) yang ingin tahu hasil pembalakan yang diperolehi kerajaan negeri dari 2006 hingga 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Kuantan hari ini.

NONE Adnan berkata Jabatan Perhutanan negeri memberi perhatian dan komited terhadap usaha penguatkuasaan yang berterusan untuk membanteras kegiatan pembalakan haram yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata dalam kes terbabit, individu, syarikat dan pelesen yang terbabit dalam kes berkenaan akan didakwa di mahkamah.

Mengenai hasil pembalakan yang diperolehi, beliau berkata hasil pada 2006 adalah RM90.1 juta, diikuti RM74.6 juta (2007), RM89.6 juta (2008), RM79.9 juta (2009) dan RM96.8 juta (2010).

penan 030609 rainforest "Keluasan hutan yang diluluskan untuk pembalakan bagi tempoh berkenaan pula 27,950.26 hektar pada 2006, 21,579.08 hektar (2007), 29,671.42 hektar (2008), 30,211.14 hektar (2009) dan 30,880.98 hektar (2010)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Foong Kuee berkata jumlah penganggur di negeri itu berjumlah 17,217 orang berdasarkan statistik yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Pahang.

Daripada jumlah itu katanya, dua orang memegang Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana (161), Ijazah Pertama (463) dan Diploma (4,196).

Beliau berkata jumlah selebihnya adalah lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil Kemahiran, Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran, Tingkatan 1 hingga 3 dan sekolah rendah.

- Bernama

ADS