Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno yakin Cina kembali pada BN
Diterbitkan:  Apr 25, 2011 11:06 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

"Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru di Bukit Mertajam malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini.

--Bernama

ADS