Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

NONE Eskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang ‘relevan dengan kes berkenaan’.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi ‘memperkuatkan kes itu’.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

"Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama,” katanya sambil tersenyum.

azlan Eskay, bekas ketua menteri Melak, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu menayangkan sebuah pita video seks kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Video selama 22 minit untuk memamaparkan aksi seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dipercayai seorang pelacur.

[Baca berita penuh]

ADS