Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA sambut hasrat Soi Lek undur jika ditolak
Diterbitkan:  May 1, 2011 4:45 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk berundur jika parti itu ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata keputusan itu adalah yang terbaik bagi pemimpin parti yang calonnya gagal mendapat sokongan rakyat.

"Ini merupakan pendirian bermaruah dan tepat dalam politik. Tidak ada sebab untuk  berada dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan dalam kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan Perkasa Pulau Pinang, di George Town hari ini.

Sementara itu, mengulas perkara berbeza Ibrahim meminta pihak yang berkenaan meningkatkan pemantauan terhadap unsur subversif yang didakwanya semakin menular menerusi laman sesawang di negara ini.

Beliau berkata gerakan itu semakin agresif dan secara terang-terangan mempersendakan agama Islam serta isu sensitif lain termasuk isu kaum.

--Bernama

ADS