Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion.

anwar speech at mpaj 050511 04 Katanya, panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan pelantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan.

Anwar berkata, isu berhubung tata kelola penganugerahan projek dan penentuan kos projek berkenaan perlu dijelaskan.

"Skop tanggungjawab yang terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak (kerajaan) mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada subkontraktor.

"Ini tidak ubah seperti amalan lama melalui rundingan terus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Gamuda-MMC mempunyai motif bagi menentukan spesifikasi projek demi memaksimumkan keuntungan yang bakal diperoleh.

NONE "Spesifikasi teknikal yang dicadangkan mungkin lebih mahal dan tidak diperlukan, tetapi dimasukkan untuk melonjakkan kos sesuatu pakej tender," katanya.

Tambahnya, Gamuda-MMC juga terlibat dalam konflik pertembungan memandangkan firma itu juga menjadi pembida utama bagi pakej kerja-kerja pembinaan bawah tanah.

"Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong," katanya lagi.

NONE Anwar turut melahirkan kebimbangannya berhubung hutang yang mungkin ditanggung negara berhubung pelaksanaan projek tersebut.

"Anggaran saya, jumlah ini akan melonjakkan kadar keberhutangan negara melebih paras 60 peratus daripada jumlah KDNK apabila projek tersebut siap dalam tahun 2016.

"Sebelum ini rakyat terpakasa menanggung beban apabila (kerajaan) BN terpaksa mengambil alih keseluruhan projek LRT dari Renong dan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan pada kos RM7 bilion dalam tahun 2001.

Katanya lagi, rakyat masih lagi menanggung hutang kos pengambilalihan LRT tersebut walaupun sudah 10 tahun berlalu.

"(Kini kerajaan) BN mahu menambah lagi RM55 bilion hutang awam yang akan ditanggung generasi akan datang," kata Anwar.

ADS