Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Malaysia tempat terbaik dunia bina kilang nadir bumi'

Dalam video ringkas yang dimuat-naik di laman sosial Facebook, syarikat perlombongan Australia - Lynas menyifatkan pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosen nadir bumi.

Nicholas Curtis lynas ceo Dalam video sepanjang 26 saat itu, pengerusi eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis menjelaskan sebab-sebab mengapa pusat berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu.

Katanya, mengikut perancangan asal, ia sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi”.

"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”

NONE Curtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut perkara berkenaan dalam rakaman itu.

Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS