Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan dibidas kerana biarkan amalan salah
Diterbitkan:  May 10, 2011 10:35 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Majlis Peguam membidas kerajaan kerana membenarkan laporan polis yang begitu kabur digunakan sebagai asas untuk sisatan tanpa merujuk kesahihan sesuatu laporan itu terlebih dahulu.

NONE Dalam bertindak sedemikian, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dalam satu kenyataan akhbarnya semalam berkata pihak berkuasa hanya menjadikan sistem undang-undang negara sebagai bahan ketawa orang ramai.

"Ia mengambarkan cukup bagi polis melancarkan siasatan sebaik laporan polis dibuat tanpa perlu menyiasat ketepatan laporan seumpama itu.

"Segala proses membuat laporan polis itu menjadikan ia satu pencerobohan kebersendirian (privacy) makan malam dan mesyuarat tertutup pihak penganjur tanpa diketahui pihak yang membuat laporan mempunyai motif lain di sebalik itu,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, rakyat kemudiannya terpaksa memberi respon kepada siasatan polis yang dilancarkan hanya berdasarkan alasan yang sebegitu kabur bagi mempertahankan kebebasan berhimpun dan bersuara mereka,

utusan malaysia kritsian agama rasmi "Ini mempersendakan prinsip keadilan kerana seseorang tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” kata Lee samil menambah trend yang bahaya ini mesti dihentikan segera.

Beliau mengilas kekalutan 'konspirasi Kristian’ seperti yang dilaporkan pada tajuk utama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu sehingga menyaksikan puluhan laporan polis dari kedua-dua pihak dibuat di seluruh negara.

Akhbar berkenaan menyiarkan dakwaan dua penulis blog pro-Umno bahawa DAP dan kumpulan paderi Kristian sedang berkomplot menggantikan agama rasmi persekutuan dengan agama Kristian.

[Baca berita penuh]

ADS