Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib
Diterbitkan:  May 10, 2011 5:45 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

azlan "Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.

Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.

Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”

 - Bernama

ADS