Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kontroversi negara Kristian untuk perangkap Umno'

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya.

NONE Dan malangnya - keluh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut.

Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan.

Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.

“Polis  cekap dan bijak, mereka akan tahu tidak lama lagi siapakah di belakang tuduhan tersebut,” kepadanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

ADS