Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyanyi Orkid Abdullah meninggal dunia
Diterbitkan:  May 13, 2011 7:25 PM
Dikemaskini: 11:54 AM

Penyanyi veteran era 60-an Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

    

Penyanyi berusia 64 tahun itu dirawat di hospital tersebut dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia.

    

NONE Suami Allahyarham, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama, dikatakan berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

    

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah air (Papita) Datuk M Daud Wahid, yang juga sahabat Allahyarham, berkata Allahyarham Orkid berada dalam keadaan tenat baru-baru ini.

    

Katanya penyanyi yang popular dengan lagu "Penawar Rindu" itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.

Menurut M Daud, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi Khamis di mana beliau ditempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

    

NONE M Daud berkata Allahyarham malah sempat berkata kepadanya, "Minta maaf, saya ini tidak lamalah," sebelum beliau jatuh koma pagi semalam.

    

Jenazah Orkid dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjid As Sobirin, AU1, Keramat di sini untuk disolatkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini selepas solat Asar, petang ini.

    

Beliau yang merupakan seorang penyanyi rakaman popular Malaysia yang berdarah kacukan Arab dan Inggeris, sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

    

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Nur Shalina Mokhtar, 42, Md Nor Shareen Mokhtar, 39, Mohd Noor Shafri Mokhtar, 35 dan Nur Shafinaz Mokhtar, 31.

    

- Bernama

ADS