Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nilai subsidi dijangka naik RM20.58 bilion tahun ini
Diterbitkan:  May 16, 2011 12:44 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Kerajaan menjangka nilai subsidi pada tahun ini meningkat kepada RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion pada tahun lalu berikutan kenaikan harga minyak dunia pada hari ini.

sarawak election muhyiddin 080411 04 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM18 bilion adalah nilai subsidi bagi produk petroleum sahaja, iaitu RON 95, diesel dan gas masak LPG.

"Walaupun begitu, dari semasa ke semasa, di mana yang difikir wajar untuk dibantu, maka sektor berkenaan akan dibantu terutama daripada segi bahan keperluan pengguna seperti gas masak LPG kerana ia digunakan secara meluas.

"Tetapi kita tidak boleh mengekalkan kadar subsidi. Ada peringkat tertentu yang difikir wajar, kadar itu akan dikurangkan.

"Maknanya secara keseluruhannya, walaupun subsidi perlu, tetapi hanya untuk sektor yang utama sahaja dan dasar dikuatkuasakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat mengikut sektor tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga Yang Pertama, di Putrajaya hari ini.

- Bernama

ADS