Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan catat kerugian RM6.89 juta pada Q1 2011
Diterbitkan:  May 18, 2011 7:09 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Kerugian sebelum cukai Utusan Melayu (M) Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011 meningkat kepada RM6.893 juta berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan berkata ia disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

NONE Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.

- Bernama

ADS