Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri 'dibelasah' kerana Ibrahim Ali
Diterbitkan:  May 19, 2011 12:59 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Walaupun kenyataan kontroversi berhubung "perang salib" keluar daripada mulut Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula sebaliknya menjadi mangsa bidasan banyak pihak kerana membiarkan dirinya diperkudakan.

Selepas memaklumkan tiada tindakan boleh diambil kepada Ibrahim kerana kenyataan seumpama itu merupakan norma di Malaysia, Nazri terus diasak pelbagai pihak, antaranya daripada pemimpin PAS, DAP dan Gerakan.

pas muktamar 130610 dzulkefly ahmad Anggota parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad menyifatkan logik Nazri itu cuba menghalalkan tindakan berdiam diri kerajaan terhadap Ibrahim.

"Ia hujah yang pelik," katanya sambil memberi amaran tindakan itu boleh membuka pintu kekacauaan dan huru-hara dalam masyarakat.

"Kita bercakap tentang terpadamnya keluhuran perlembagaan, (keadaan) tiada undang-undang sepenuhnya." [Laporan penuh]

Nazri juga turut dilaporkan berkata, walaupun kenyataan sedemikian tidak disenangi, rakyat " perlu hidup " dan "jadi matang" menangani watak seperti Ibrahim.

Tunggu darah mengalir?

klscah launch civil society award 191207 charles santiago Katanya, memandangkan ia turut disiarkan di laman sosial seperti Twitter, ia melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegah atau menghukum.

Sementara itu, anggota parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, apa pun sentimen dalam masyarakat pada masa ini, tiada yang "seburuk ucapan Ibrahim".

"Tiada sesiapa bercakap tentang perang salib. Hanya Ibrahim yang sediakan pentas untuk orang Islam menentang orang Kristian."

Katanya, sekiranya Ibrahim terus dibiarkan tanpa dihukum, kenyataannya menyebabkan pelbagai kesan lain, seperti menghalau pelaburan asing, mengancam keharmonian, sekali gus memusnahkan konsep 1Malaysia.

NONE Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang Baljit Singh pula mempesoalkan sama ada Nazri menunggu "darah mengalir" sebelum mengambil tindakan sepatutnya.

"Kenyataan Ibrahim, jika dibenarkan bertukar kepada aksi, boleh mencederakan orang.

"Adakah Nazri menunggu darah mengalir baru akan mengambil tindakan yang sesuai?" tanya Baljit dengan marah.

Baljit juga menyufatkan ucapan Ibrahim itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perselisihan antara kumpulan agama. [Laporan penuh]

ADS