Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Portal berita Merdeka Review rayu derma
Diterbitkan:  May 19, 2011 4:07 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Portal berita bebas bahasa Cina - Merdeka Review menghadapi kemungkinan ditutup pada hujung bulan ini apabila penyumbang danyanya yang selama ini tidak dikenali menarik diri.

Dalam satu kenyataan media hari ini, portal berita itu merayu orang ramai dan juga pelabur supaya menyumbang agar mereka dapat menampung perbelanjaannya yang berjumlah RM60,000 setiap bulan.

NONE "Anda tentukan sama ada mahu kami terus kekal dan menyumbang kepada kami sekarang,” petik kenyataan itu.

Menurut syarikat itu lagi, meskipun pendapatan pengiklanan sejak setahun lalu telah meningkat, namun ia tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan mereka.

"Dengan keputusan terbaru penyumbang dana itu, kami tidak mempunyai pilihan tetapi merayu kepada pembaca dan kawan-kawan yang mahu melihat Malaysia menjadi negara lebih baik menderma kepada Merdeka Review," kata syarikat itu.

Merdeka Review adalah berita dalam talian Malaysia yang terbaru menjadi mangsa dalam industri portal berita yang bersaingan hebat dengan pulangan yang agak kecil.

Pada Julai tahun lalu, sebuah lagi portal berita yang agak prominen - The Nut Graph menamatkan operasi harian dan memilih bersiaran setiap minggu pada hari Isnin.

Merdeka Review ditubuhkan pada Ogos 2005 oleh pensyarah Kolej New Era, Chang Teck Peng. Portal itu kemudiannya berkembang dengan edisi bahasa Melayu.

Mereka yang ingin menyumbang kepada syarikat itu boleh berbuat demikian kepada akaun bank Merdeka Review Sdn Bhd dengan nombor yang tertera ini.

Hong Leong: 04001025891

EON Bank: 0595110002973

Maybank: 514440123099

[Baca berita penuh]

ADS