PM diminta tak anggap rakyat penagih 'candu'

   

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

NONE TV Selangor melaporkan Anwar berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu? Yang diberi kepada tauke tak apa? Subsidi rakyat RM4 bilion. Subsidi IPP RM19 bilion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani?

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbilion ringgit, boleh! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," kata Anwar dengan nada marah.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin pada majlis ceramah perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

azlan Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford, United Kingdom pada 17 Mei lalu berkata subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga petrol RON95 dan diesel turut dijangka dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa menteri, termasuk timbalan perdana menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harga.

Anwar berkata Umno cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

azlan Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan tinggi...

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

Malaysiakini
terkini untuk anda