Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru Sarawak pula luahkan kekecewaan dipinggirkan
Diterbitkan:  May 21, 2011 9:14 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Golongan guru di Sarawak mahu kaedah struktur gaji yang lebih adil berikutan ada sebilangan mereka berpendapat telah dipinggirkan daripada kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina Presiden Kesatuan Guru Sarawak ((STU) William Ghani Bina berkata kaedah baru kenaikan pangkat guru hanya memberi manfaat kepada kumpulan kecil pendidik dalam profesion itu.

Bercakap pada mesyuarat agung tahunan STU cawangan Sibu dan sambutan Hari Guru di Sibu hari ini, beliau mencadangkan supaya kerajaan merangka sistem penggreddan baru untuk golongan guru.

"Sistem sedia ada hanya melambatkan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji bagi guru gred rendah. Ini mematahkan semangat mereka," katanya.

Ghani juga meminta kerajaan merekut sekurang-kurang 70 peratus penduduk tempatan sebagai guru di Sabah dan Sarawak dengan majoriti daripada kawasan luar bandar.

Pada sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 pada 16 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat bagi warga pendidik berkuat kuasa 1 Jan depan.

NONE Lima kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,  kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Bagaimanapun, beberapa warga pendidik khususnya dalam kumpulan rendah mendakwa mereka tercicir daripada kaedah baru kenaikan pangkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, telah meminta kumpulan itu supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

- Bernama

ADS