Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari menggesa supaya bekas majikannya - Utusan Malaysia - ditutup dan editornya dibiarkan menderita kerana menyiarkan berita tidak berasas pada 7 Mei lalu, sehingga mencetuskan ketegangan agama di negara ini.

penang media forum 220511hata wahari Hata yang menghadiri forum kebebasan akhbar anjuran Centre

for Independent Journalism ( CIJ), berkata, ini adalah satu-satu cara untuk membuat editor dan wartawannya bertanggungjawab di atas penyiaran berita yang tidak berasas itu.

Katanya, terdapat undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang boleh digunakan terhadap Utusan.

Dengan itu, tegasnya, ia menunjukan kerajaan tidak bersikap ' double-standard' dalam menangani akhbar yang berbuat demikian.

Hata berkata,  ketua pengarang akhbar milik Umno itu boleh berkata 'tidak' kepada ketua politik mereka yang mahu memainkan isu yang boleh mencetuskan ketegangan agama - dengan melaporkan dakwaan bahawa DAP berpakat dengan sekumpulan pastor di Pulau Pinang, untuk melantik seorang kristian menjadi perdana menteri.

Mereka dituduh merancang untuk meminda perlembagaan Persekutuan untuk menjadi Kristian agama rasmi negara.

Laporan tersebut - yang berdasarkan posting dalam dua blog pro-Umno dan diikuti 20 laporan polis dibuat di seluruh negara - telah dinafikan dan kecam.

[Baca berita penuh]

ADS