Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bilangan lesen bagi berniaga akan dikurangkan
Diterbitkan:  May 28, 2011 4:21 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Kerajaan komited, sepanjang dua hingga tiga tahun lagi, untuk mengurangkan bilangan lesen yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan di Malaysia.

mca welcoming dinner for central delegates 091009 donald lim Ini adalah untuk memastikan negara menjadi lebih terbuka untuk perniagaan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing, kata Timbalan Menteri Datuk Donald Lim Siang Chai.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program Capstone Perancang Kewangan Berdaftar Majlis Perancangan Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata komitmen kerajaan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Pembangunan SMe Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua minggu lalu.

Pada mesyuarat itu, Najib memberi jaminan kerajaan akan mengurangkan syarat-syarat bagi pengeluaran lesen dan permit kepada perusahaan kecil dan sederhana.

kpg kerinchi stalls demolition 080108 tractor Ini adalah berikutan satu analisa oleh Bank Dunia yang mendapati PKS masih memerlukan terlalu banyak lesen dan permit untuk menjalankan perniagaan.

Sempena pelancaran itu, MFPC juga melancarkan sebuah buku bertajuk "Readings of Financial Plans and Shariah Wealth Management".

- Bernama

ADS