Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salleh nafi KJ: Tiada 'perang dingin'
Diterbitkan:  May 30, 2011 5:44 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk  Seri Salleh Said Keruak menafikan wujudnya "perang dingin" antara pemimpin tertentu dalam Umno negeri.

Sebaliknya, kata beliau, Umno Sabah stabil dan pemimpin serta anggotanya bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

NONE "Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno). Tidak ada "cold war" dalam Umno Sabah," katanya kepada pemberita semasa ditemui di perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dekat Kota kinabalu hari ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian ketika diminta  mengulas kenyataan Khairy semalam di Keningau bahawa "perang dingin" yang sedang berlaku dalam Umno  Sabah telah membawa kepada rombakan kepimpinan pemuda Umno negeri yang menyaksikan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan diganti.

Khairy juga dipetik sebagai berkata bahawa Pemuda Umno terperangkap di tengah-tengah  krisis yang sedang berlaku akibat perang dingin itu.

Salleh berkata kenyataan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman segolongan pihak mengenai  politik Sabah.

"Apa yang ketara ialah segelintir pemimpin yang tamak kuasa berusaha untuk mengganggu kestabilan Umno Sabah dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan pihak-pihak  tertentu.

"Pada saya perubahan kepimpinan peringkat Pemuda adalah proses biasa dan ia adalah kuasa  mutlak Ketua Pemuda Umno," katanya.

--Bernama

ADS