Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indonesia tarik balik pembekuan amah
Diterbitkan:  May 31, 2011 9:37 AM
Dikemaskini: 1:42 AM

Malaysia dan Indonesia akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia setelah lebih setahun berbincang.

Indonesian domestic helpers maids 2 Perbincangan itu bagi memperkemas pengurusan penghantaran dan perlindungan terhadap pekerja dan majikan selepas Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu.

MoU baru itu yang dimeterikan, merupakan pindaan kepada MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia ke Malaysia 2006, sekaligus menamatkan pembekuan sementara Indonesia terhadap penghanatran pembantu rumah negara itu ke Malaysia.

Bagaimanapun Indonesia hanya akan mula menghantar pembantu rumah dalam masa dua minggu lagi setelah selesai segala persiapan mengikut MoU baru.

Kepentingan tiga pihak

MoU itu mengambilkira kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan agensi pekerjaan selain menggariskan dengan jelas tanggungjawab masing-masing.

Indonesian domestic helpers maids Antara perkara utama yang disepakati kedua-dua negara melalui semangat kerjasama dan tolak ansur itu ialah majikan Malaysia dijamin mendapat pembantu rumah ganti atau ganti rugi wang pendahuluannya daripada agensi pekerjaaan berkaitan jika pembantu rumah mereka melarikan diri, tidak cekap atau tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh enam bulan.

Di pihak pekerja pula mereka dibenar memegang pasport sendiri selain bercuti sehari dalam seminggu manakala sebuah badan yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Bersama yang ditubuhkan di kedua-dua negara akan menjadi badan pengawas kepada pelaksanaan MoU itu.

Kedua-dua negara bersetuju untuk menyerahkan soal gaji pembantu rumah Indonesia kepada kuasa pasaran namun pihak Indonesia akan menentukan bahawa gaji yang akan ditawarkan majikan Malaysia tidak kurang daripada gaji minimum di Indonesia.

Gaji minimum

Gaji minimum di Indonesia berbeza mengikut kawasan dan yang paling tinggi ialah di Jakarta iaitu Rp1.2 juta tetapi masih ada pembantu rumah di Jakarta yang di bayar gaji dari Rp600,000 hingga melebihi Rp1.2 juta.

domestic maids 070606 cooking Majlis pemeterian MoU malam ini diadakan sembilan bulan selepas Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat memuktamadkan peruntukan-peruntukannya pada (JWG) mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama bulan Ogos tahun lalu.

Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam manakala Indonesia diwakili  Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar pada majlis penandatanganan MoU baru itu.

Pada sidang akhbar kemudian, Dr Subramaniam menjelaskan bahawa dengan

penghantaran secara rasmi, pembantu rumah selepas ini, perlindungan dan kebajikan mereka akan lebih terjamin sebagaimana yang dinikmati pekerja tempatan.

Memerlukan masa

Muhaimin berkata Indonesia memerlukan masa sehingga dua minggu untuk membuat segala persediaan mengikut ketetapan yang disepakati.

domestic maids 070606 child care Difahamkan esok perbincangan peringkat pegawai akan memuktamatkan mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia, yang dicadangkan pada kadar yang lebih rendah iaitu RM4,511 namun ia akan bergantung kepada persetujuan.

Malaysia dan Indonesia telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk MoU baru itu pada 18 Mei tahun lepas ketika rundingan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan  Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Kuala Lumpur.

LOI itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri  Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar.

- Bernama

ADS