Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa pekerja firma gergasi elektronik Western Digital dipercayai masih ditahan di pusat tahanan imigresen di Shah Alam kerana majikan mereka gagal mengemukakan permit kerja.

western digital indonesian workers 1 Ini di sebalik kenyataan bahawa semua mereka itu telah bekerja dengan firma yang pernah memenangi anugerah ‘Majikan Terbaik Asia 2009' selama dua tahun.

Menurut seorang pegawai imigresen yang terbabit dalam operasi minggu lalu, pekerja berkenaan dicekup di sebuah pasar tani yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari asrama mereka dengan kilang di Sungai Way, Selangor.

“Saya boleh sahkan bahawa ada kumpulan yang ditahan dan ada yang telah dibebaskan tetapi bukan semua,” katanya ketika dihubungi tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai penyiasat yang dihubungi pula enggan memberikan butiran dan hanya berkata perkara itu agak ‘sensitif’.

“Kami hanya boleh mengeluarkan maklumat seumpama itu kepada pegawai berkuasa di Western Digital,” katanya.

western digital indonesian workers Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan oleh seorang pekerja Western Digital, Ully Suryana (nama ditukar bagi melindungi identiti) bahawa lima rakannya ditangkap ketika keluar membeli sarapan di sebuah pasar tani dan kemudiannya dibebaskan beberapa hari tanpa diberikan sebarang alasan.

Katanya, tidak seorang daripada mereka yang mempunyai permit kerja dan sepanjang dua tahun lalu mereka diberitahu permit itu sedang diproses oleh pihak imigresen.

[Baca berita penuh]

ADS