Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam Anwar: Tangan kami terikat
Diterbitkan:  Jun 5, 2011 5:50 PM
Dikemaskini: Jun 6, 2011 1:31 AM

Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nair Sankara Nair  ( kanan ) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan.

Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.

"Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang dijanjikan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk memutuskan memanggil yang mana," tambahnya.

Anwar, bapa 63 tahun dengan enam anak didakwa meliwat bekas pembantu berusian 25 tahun di sebuah pangsapuri mewah pada Jun 2008

[Baca berita penuh]

ADS