Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti desak PAS tubuh JK negara kebajikan
Diterbitkan:  Jun 11, 2011 3:55 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu bagi merealisasikan agenda negara berkebajikan yang diketengahkan dalam muktamar parti Islam itu minggu lalu.

Katanya, pembentukan badan itu penting itu membentuk halatujunya supaya selari kepada Islam, sekali gus jelas di mata rakyat.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106 "(Perkara) ini spatutnya jadi aulawiyat (keutamaan) sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat," katanya.

Beliau mencadangkan jawantuasa "inklusif" itu dianggotai kumpulan pemikir "yang aktif dan realis".

"PAS perlu buktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada. Jangan ia disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tak praktikal.

"Ketepikan sekejap program kurang utama dan retorik lama. Blueprint (rangka tindakan) itu nanti penting dan akan jadi satu model standrd bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti," katanya.

Dr Juanda juga berharap perkara itu boleh mengelakkan tafsiran pelbagai oleh penceramahnya yang mengelirukan seperti yang berlaku dalam isu negara Islam sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, Dr Juanda juga gembira apabila pihak kerajaan dan pembangkang kita berlumba-lumba cuba memberikan agenda masing-masing (yang didakwa) terbaik untuk kebajikan rakyat.

"Kerajaan sekarang juga akan cuba usaha (untuk) buktikan merekalah juara kebajikan, mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing," katanya.

ADS