Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman Anwar ke atas KJ diselesai luar mahkamah
Diterbitkan:  Jun 14, 2011 4:57 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Pihak-pihak dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menimbangkan kemungkinan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullah Peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ( kanan ) memberitahu pemberita, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad telah meminta pihak-pihak berkenaan berbuat demikian semasa berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Khairy turut diwakili peguam Sarah Abishegam manakala Anwar diwakili peguam Mohd Haijan Omar.

Muhammad Shafee berkata beliau akan berbincang dengan Khairy mengenai sama ada anak guamnya itu bersetuju dengan penyelesaian itu.

Mahkamah menetapkan 24 Jun bagi pengurusan kes bagi mereka memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan mereka.

Anwar memfailkan saman pada 7 Sept, 2007, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan memfitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan media elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

azlan Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Khairy dalam pernyataan pembelaannya berkata kenyataan itu dibuat berdasarkan perlindungan bersyarat, justifikasi dan komen yang adil.

- Bernama

ADS