Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terengganu buat litar untuk anak muda merempit
Diterbitkan:  Jun 18, 2011 6:57 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kerajaan negeri Terengganu sedang mengenalpasti satu kawasan yang sesuai untuk dijadikan litar lumba motosikal bagi anak-anak muda yang berminat dalam sukan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata setakat ini beberapa kawasan telah dikenalpasti iaitu di Merang, Gong Badak dan Seberang Takir.

NONE "Yang penting kedudukan litar itu tidak mengganggu masyarakat dan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Belia Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya litar yang bakal dibuka itu memerlukan kawasan seluas 1.6 hektar dan dijangka akan dibina secepat mungkin dalam usaha untuk mengatasi masalah mat rempit di negeri itu.

Rozi berkata kos pembinaan litar tersebut sedang diteliti dan beberapa syarikat permotoran telahpun menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan dan panduan dalam pembinaan litar itu.

Beliau berkata, apabila siap kelak, ia akan menjadi litar pertama seumpananya di negeri itu.

- Bernama

ADS