Penyokong 'Hindraf' berdemo di ibu pejabat PAS
Diterbitkan: Jul 2, 2011 2:04 PM | Dikemas kini: Jul 2, 2011 2:46 PM
Kira-kira 30 pemuda, yang dipercayai penyokong pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), mengadakan demonstrasi menentang perhimpunan pada 9 Julai ini di hadapan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur hari ini.
Mereka dilihat berkumpul dan membuat kecoh di hadapan pejabat itu pada jam 11.20 pagi dengan memegang sepanduk antaranya tertulis 'Datuk Ambiga Jangan Buat Kecoh Di Malaysia' dan 'Jangan Ikut Nik Aziz'.
Bagaimanapun, mereka dilihat melarikan diri dengan menaiki kereta 10 minit kemudian apabila beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.