Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: BERSIH 2.0 tak hormat titah Agong
Diterbitkan:  Jul 10, 2011 9:39 AM
Dikemaskini: 1:47 AM

Penganjur perhimpunan haram di ibu negara hari ini ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hishamuddin hussein keeping mum Beliau kesal dengan tindak-tanduk kumpulan itu namun bersyukur dengan langkah yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengelak berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah serta kehilangan nyawa.

"Pihak polis juga telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik walau dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata kumpulan itu sehingga di saat akhir, jelas tidak mengambil inisiatif untuk berhimpun secara aman di salah sebuah lokasi yang tetap, walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan mereka boleh berbuat demikian di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Nasihat serta pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak dipatuhi dan ditolak bulat-bulat oleh mereka, katanya.

bersih rally petaling street 090711 Beliau berkata tindak-tanduk mereka yang terlibat dalam perhimpunan hari ini jelas mempunyai niat menghuru-harakan negara, selain berharap ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

Hishammuddin berkata kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran dalam insiden hari ini, manakala penganjur perhimpunan hilang peranan serta gagal mengawal keadaan.

"Bukan lagi soal SPR yang timbul, tapi sebaliknya penglibatan pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda yang jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

"Mereka terus-menerus melaungkan 'Reformasi' dan mencetuskan kacau ganggu," katanya sambil menambah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang dicetuskan.

Beliau berkata pembangkang ternyata bertujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan dengan satu matlamat, iaitu agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

NONE "Pembangkang mahu agar Malaysia dilihat sebagai tidak stabil, dan ini akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik," katanya.

Hishammuddin berkata polis melaksanakan tugas di bawah lunas undang-undang dan beliau berpuas hati dengan tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan serta undang-undang.

"Kerajaan mempunyai sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk menegakkan undang-undang negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mempertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, prinsip ketertinggian perlembagaan serta kedaulatan undang-undang melalui penggunaan segala peruntukan undang-undang sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat.

NONE Hishammuddin juga bersyukur kerana pihak berkuasa melakukan siasatan rapi dan berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya pada perhimpunan semalam.

"Kebimbangan saya bahawa kemungkinan ada pihak ketiga, termasuk pertubuhan antarabangsa asing, akhirnya tidak kelihatan dan tidak berpeluang untuk mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku disebabkan ketegasan pihak PDRM," katanya.

-Bernama

ADS