Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ulangi peserta BERSIH tidak dikasari
Diterbitkan:  Jul 15, 2011 12:20 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara berhubung tindakan kerajaan menyuraikan peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum.

Malah dakwanya, pihak berkuasa juga hampir tidak ada langsung hubungan fizikal dengan semua penunjuk perasaan.

NONE Menurut akhbar New York Times , Najib memberitahu sekumpulan kecil wartawan di London jika kerajaan membenarkan perhimpunan jalanan seperti BERSIH 2.0, negara mungkin berhadapan dengan ketidak-stabilan.

"Ketenteraman awam amat penting di Malaysia kerana jika kita benarkan demonstrasi jalanan, ia tidak akan berkesudahan, akan terdapat kumpulan lain yang mahu terus berdemo,” kata Najib selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Britain David Cameron semasa lawatan empat harinya ke negara itu.

Jika perhimpunan tidak dikawal, “anda akan menghadapi situasi di mana lebih banyak demonstrasi jalanan akan berlaku,” katanya.

bersih rally petaling street 090711 Najib juga sekali lagi mempertahankan polis dengan berkata mereka menggunakan “tekanan minimun dan langsung tidak ada hubungan fizikal dengan peserta perhimpunan.”

Namun, Najib mengakui paling “maksimun 15,000" orang yang hadir pada rali 9 Julai itu, berbanding perangkaan polis sebelum ini yang mendakwa hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang hadir.

BERSIH 2.0, bagaimanapun mendakwa 50,000 yang menghadirinya.

[Baca berita penuh]

ADS