Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RTM sedia siar video BERSIH demi kesahihan, keadilan
Diterbitkan:  Jul 18, 2011 6:48 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lalu.

rais yatim pc 020709 02 Beliau berkata polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.

"Pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat Banting hari ini.

Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.

Beliau juga berkata polis tidak semestinya "sentiasa senyum dan gosok belakang orang."

"Kalau polis sudah begitu, orang awam tidak gentar. Kita tidak mahu polis terlalu senyum atau terlalu lembut sampai orang kata bagaimana nak mempertahankan negara," katanya.

- Bernama

ADS