Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR, Surendran bengang apabila polis memutuskan untuk menyoalsiasatnya ketika beliau menemani Fayyahd Afiq Albakqry - pengawal peribadi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - untuk memberi kenyataan di balai polis Travers pada jam 3 petang tadi.

NONE Surendran disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada 20 Julai.

"Saya telah dimaklumkan bahawa pihak polis membuat laporan terhadap saya berhubung dengan satu artikel (komen yang saya buat) dalam The Malaysian Insider yang menyatakan bahawa apa yang berlaku di jalan bawah KL Sentral (pada 9 Julai) adalah percubaan membunuh," katanya.

Walaupun disoalsiasat, naib presiden PKR itu tetap bertegas

bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

NONE Sebelum itu, polis merakamkan kenyataan Fayyahd selama hampir dua jam.

Beliau telah membuat laporan pada 20 Julai di balai polis Dang Wangi berhubung kecederaan yang dialaminya sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0.

[Baca  berita penuh]

ADS