Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Pembangkang hanya tahu bantah keputusan
Diterbitkan:  Jul 28, 2011 7:08 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak pembangkang akan sentiasa membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bagi menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya, mereka akan mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal, pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan. Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka. Mereka bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambahbaik sistem, mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

"Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya...anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi)," katanya.

- Bernama

ADS