Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chelsea terima permohonan maaf FAM
Diterbitkan:  Jul 30, 2011 5:25 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kenyataan anti Yahudi yang ditujukan terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun ( bawah, kiri ) ketika perlawanan  persahabatan di Kuala Lumpur dua minggu lalu, lapor AFP .

yossi benayoun Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada Chelsea berikutan peristiwa itu.

Bagaimanapun FAM dalam kenyataan media itu tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

chelsea malaysia Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan pusingan pertama jelajah Asia Chelsea di Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.

Sebelum ini, Chelsea tidak membangkitkan isu itu tetapi meneruskan aduan selepas mengkaji semula perlawanan.

Pada perlawanan itu, Malaysia tunduk 1-0 kepada gergasi bolasepak Inggeris itu hasil jaringan gol kontroversi Digdier Drogba.

ADS