Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pucuk pimpinan PAS jumpa Gereja Methodist Selasa ini
Diterbitkan:  Aug 12, 2011 9:09 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Pucuk pimpinan PAS Pusat akan berjumpa dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama Selasa depan, demikian menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata permintaan untuk berjumpa dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum dapat ditetapkan lagi.

    

"Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu pada 16 Ogos ini. Perjumpaan akan diadakan pada pukul 4 petang. Dengan Jais, kita belum dapat tarikh lagi. Kami dimaklumkan JAIS belum dapat berjumpa," katanya ketika dihubungi Bernama.

    

Beliau berkata rombongan sembilan orang pucuk pimpinan PAS akan diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu memandangkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berada di luar negeri.

    

Rombongan PAS turut akan disertai oleh Mustafa, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat Ahad lepas telah memutuskan perjumpaan diadakan dengan pihak JAIS dan gereja itu bagi mendapatkan gambaran daripada kedua-dua pihak sebelum parti itu membuat sebarang pendirian mengenai isu JAIS memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

    

- Bernama

ADS