Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MoCS batal 'himpunan merah', bimbang keselamatan
Diterbitkan:  Aug 12, 2011 9:21 PM
Dikemaskini: Aug 13, 2011 1:26 AM

Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) membatalkan rancangan 'Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi' yang juga dikenali sebagai 'perhimpunan merah' yang dijadualkan pada jam 2 petang esok di Kuching.

Pemimpin MoCS, Francis Paul Siah berkata keputusan itu dibuat kerana pihaknya mengutamakan keselamatan awam.

francis siah uncensored nurul izzah interview 020608 05 "Sebagai penganjur, MoCS bertanggungjawab terhadap para peserta. Kita tidak mahu melihat sesiapa mendapat kecederaan di jalan raya. Kami pun tak mahu melihat sesiapa ditangkap kerana menyertai perhimpunan tersebut, "katanya.

Bagaimanapun, beliau menggesa rakyat Sarawak berpakaian merah esok sebagai tanda sokongan terhadap reformasi demokrasi dan politik di negeri itu.

Siah (kiri) berkata beliau telah bertemu dengan timbalan pesuruhjaya Polis Sarawak, Law Hong Soon petang ini dan bersetuju untuk menerima nasihat beliau mengenai ketenteraman awam dan keselamatan.

[Baca berita penuh]

ADS