Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga makanan, minuman naik hampir 5 peratus
Diterbitkan:  Aug 17, 2011 7:25 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada 103.4, daripada 100.0 yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lalu, dan berbanding Jun 2011, ia meningkat 0.2 peratus.

Bagi tempoh Januari-Julai 2011, IHP mencatatkan kenaikan sebanyak 3.1 peratus kepada 102.7 berbanding 99.6 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

mamak restaurant 271206 open stoves Indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi Julai 2011, masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 4.9 peratus dan 2.7 peratus berbanding bulan yang sama pada 2010.

Berbanding bulan sebelumnya, indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan  indeks Bukan Makanan masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus dan 0.1 peratus.

Bagi tempoh Januari-Julai 2011, indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol  dan indeks Bukan Makanan meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Kenaikan IHP bagi tempoh Januari-Julai sebanyak 3.1 peratus itu adalah disebabkan oleh kenaikan pada indeks semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut (-0.4 peratus) dan Komunikasi (-0.1 peratus).

Kenaikan ketara bagi kumpulan utama berwajaran tinggi ialah indeks Pengangkutan (+5.0 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+4.6 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+1.6 peratus), katanya.

azlan Ketiga-tiga kumpulan utama, Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain; dan Pengangkutan menyumbang 81.4 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh Januari-Julai.

Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan indeks ketara dalam bulan Julai 2011 berbanding bulan sebelumnya ialah cili merah, susu tepung bayi, ayam, sotong, telur, ikan bawal hitam dan ikan merah.

Bagaimanapun, indeks beberapa barangan turun pada bulan Julai berbanding Jun. Antaranya ialah bawang putih, sawi, bayam, terung, bawang merah, timun dan kai lan.

KDNK - 4 peratus

Sementara itu, di Kuala Lumpur Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus pada suku kedua tahun ini daripada pertumbuhan yang disemak semula iaitu 4.9 peratus pada suku pertama berikutan keadaan luaran yang lemah dan perbelanjaan sektor awam yang rendah, kata hari ini.

NONE Beliau berkata gangguan dalam rantaian bekalan pembuatan global yang tercetus hasil daripada bencana di Jepun dan kelemahan secara keseluruhan dalam permintaan di negara-negara maju yang menyebabkan kelembapan dalam pembuatan, yang hanya meningkat 2.1 peratus.

Bergerak ke hadapan, beliau berkata yang ekonomi mampu mengekalkan unjurannya iaitu 5-6 peratus tahun ini, disokong oleh asas-asas kukuh ekonomi serta projek-projek daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sumber utama pertumbuhan dalam suku kedua terus dirangsang oleh pengembangan mampan permintaan domestik swasta/persendirian dan perdagangan intra serantau yang disokong oleh eksport komoditi dan produk berasaskan sumber ke rantau ini," kata beliau dalam persidangan akhbar untuk mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2011.

"Sehubungan itu, permintaan domestiklah yang menyokong pertumbuhan kita dalam suku kedua tahun ini," kata beliau.

KDNK dalam suku kedua mengembang sebanyak 8.9 peratus sementara ia meningkat 4.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ditanya sama ada unjuran pertumbuhan 5-6 peratus akan dikekalkan, beliau berkata, "Buat masa sekarang, penilaian kita tidak mungkin ekoran prestasi  separuh pertama dan pertumbuhan tahun sepenuhnya akan hampir kepada 5.0 peratus."

azlan "Justeru itu, tiada semakan semula pada peringkat ini tetapi kita akan membuat penilaian yang teliti apabila Bajet 2012 dibentangkan Oktober ini dan jika terdapat sebarang semakan perlu dibuat, ia akan dilakukan ketika itu.

"Bagaimanapun, jika kita mempunyai situasi di mana Amerika Syarikat dan Eropah tergelincir memasuki kemelesetan atau apa-apa sahaja faktor pencetus yang menjurus kepada kebinasaan dalam pasaran kewangan antarabangsa, maka, kita perlulah membuat penilaian semula."

"Tetapi sekiranya itu tidak berlaku, penilaian kita ialah kita boleh mencapai sekurang-kurangnya 5.0 peratus pertumbuhan kerana ekonomi kita masih kekal dengan pertumbuhan kukuh dan pelaburan sektor persendirian swasta yang menggalakkan.

"Kita tahu dalam separuh kedua tahun ini, banyak lagi pelaksanaan agresif Rancangan Malaysia Kesepuluh dan projek-projek ETP," katanya.

- Bernama

ADS