Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baginda mohon ketepikan saman fitnah Ummi
Diterbitkan:  Aug 19, 2011 10:46 AM
Dikemaskini: 5:51 AM

Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

NONE "Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

"Bagaimanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar,” katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda ( kiri ).

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Baginda yang diwakili peguam Yusmadi Mohd Yusoff terdahulu memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik menjadi peguamcara kerana baru menerima writ saman.

Katanya beliau telah memfailkan permohonan bagi mendapat kebenaran untuk memasukkan memorandum kehadiran bersyarat.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

NONE Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang  didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

NONE Peguam Fahri Azzat yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd memohon agar mahkamah mengadakan proses mediasi antara anak guamnya dan Ummi Hafilda.

Hakim Singham berkata mahkamah memang menggalakkan proses mediasi antara pihak yang terlibat dan akan mengadakan mediasi selepas mendengar permohonan Baginda bagi mengetepikan saman itu.

[Baca berita penuh]

ADS