Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JK khas terbatal jika parlimen dibubarkan
Diterbitkan:  Aug 22, 2011 1:46 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Syor-syor jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya akan terbatal dan menjadi tidak sah sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum ia dilaksanakan, kata timbalan speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

deputy speaker wan junaidi parliament pc 240609 Jika ahli parlimen pada sidang baru menentang cadangan yang disyorkan sebelum ini, semua usaha meminda undang-undang pilihan raya di negara ini akan juga terbatal, kata Wan Junaidi dipetik akhbar Oriental Daily News .

Dalam wawancara dengan harian berbahasa Cina itu yang diterbitkan hari ini, beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa khas berkenaan akan terbubar jika Dewan Rakyat dibubarkan supaya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum panel tersebut menyelesaikan tugasnya.

Dalam erti kata lain, cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa itu akan terbatal jika ia tidak diterima pakai oleh kerajaan sebelum pilihan raya umum.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, Parlimen dan kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya akan memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan kerja yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.

Sekiranya kerajaan baru menyokong inisiatif pembaharuan pilihan raya, ia boleh membentangkan usul baru untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas parlimen baru bagi meneruskan kerja-kerja jawatankuasa sebelumnya.

Sebaliknya, jika sebahagian besar daripada ahli parlimen yang baru dilantik menentang reformasi pilihan raya, maka rancangan itu akan diketepikan.

[Baca berita penuh]

ADS