Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu ayam: Pemuda PAS gesa JAJ bertindak tegas
Diterbitkan:  Aug 22, 2011 2:49 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa Jabatan Agama Johor (JAJ) mengambil tindakan tegas terhadap pembekal ayam segar di negeri itu yang gagal mematuhi kawalan syariah, dengan menghentikan operasi, menyita premis dan membekukan lesen perniagaan mereka.

"Pengusaha seperti ini tidak layak untuk menjalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan," kata pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LaPAS) DPPP, Mohd Firdaus Jaafar.

sellers meat 090805 chicken seller Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata DPPP memandang serius laporan akhbar yang menyebut JAJ mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri itu diragui status halal dan kesuciannya.

"Ini juga sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan," tegasnya yang juga ahli parlimen Jerai.

 

Beliau juga mengesyorkan kepada Jabatan Agama Islam di negeri lain supaya mengambil tindakan sama yang tegas seperti yang ditunjukkan oleh JAJ.

Mohd Firdaus berkata pihaknya difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

"LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIS) yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit. Bagi LaPAS, isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam.

"LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram," katanya.

bird flu 300804 chicken Dalam perkembangan lain, Mohd Firdaus meminta kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, ia  bagi mengelak sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam.

"Kawalan harga ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna.

"Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula ‘disembelih’ oleh penjual yang tidak bertanggungjawab," katanya.

ADS