Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim tidak 100% yakin dapat pertahan Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya kekal merendah diri dan terus menunaikan janji-janji mereka kerana beliau sendiri tidak pasti negeri itu mampu dipertahankan.

"Tidak ada yang pasti dalam politik. Saya tidak 100 peratus pasti bahawa kita akan menang di Pulau Pinang sekali lagi. Saya ingin berfikir demikian, tetapi saya fikir kita harus berhati-hati.

NONE "Meskipun ramai yang berkata kita akan menang di Pulau Pinang, kita mesti berusaha lebih gigih, rendah diri dan jangan terbawa-bawa, pastikan kita menunaikan apa yang diharapkan oleh rakyat," katanya.

Lim berkata demikian pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk DAP Selangor di Petaling Jaya malam tadi yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP dari negeri dan juga lebih seribu penyokong parti itu.

Hadir sama memberi sokongan adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli-ahli exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Dalam rayuannya untuk mendapatkan dana, Lim berkata sumbangan penyokong amat diperlukan kerana Pakatan Rakyat tidak menggunakan sumber negeri untuk tujuan parti.

"Walaupun kami adalah kerajaan (di Selangor dan Pulau Pinang), tetapi kami terpaksa meminta bantuan (sumbangan) dari kamu (untuk wang) kerana kita tidak mencuri dari kerajaan.

NONE "Jika kamu pergi ke majlis makan malam MCA, mereka tidak meminta wang daripada kamu, sebaliknya mereka membayar kamu untuk datang,” sindir Lim.

Lim, yang memendekkan ucapannya supaya sesi soal-jawab dapat diadakan menggunakan kesempatan itu untuk menjawap pertanyaan dari para hadirin yang ingin mengetahui dasar-dasar Pakatan jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan BN.

[Baca berita penuh]

ADS