Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat perkara didakwa bagi musnahkan umat Islam
Diterbitkan:  Aug 23, 2011 1:17 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Bersandarkan isu kontroversi "gerakan murtad" oleh kumpulan-kumpulan Kristian, harian berbahasa Melayu Sinar Harian memperhebatkan kritikan terhadap gerakan agama itu.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011 Hari ini menerusi ruangan Info , akhbar itu mendakwa rancangan pemusnahan umat Islam oleh gerakan Kristian adalah dengan menggalakan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Sinar Harian turut menyenaraikan empat perkara lain yang didakwanya matlamat kumpulan berkenaan bagi  memusnahkan umat Islam.

Ia adalah:

1. Gerakan sosial - galak pergaulan bebas remaja, lelaki dan perempuan.

2. Keruntuhan akhlak - rosakkan moral dengan kegiatan liar.

3. Menghalakan pelacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.

4. Filem dan muzik - menyelitkan unsur-unsur kurang baik/adengan yang keterlaluan dan muzik yang melampau sehingga leka dan lupa diri.

Akhbar itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

PERKEMBANGAN TERKINI Sementara itu, pengarah urusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub dalam twitter menulis akhbar berkenaan telah balik kolum Info pada halaman sembilan itu.

"Sinar Harian dengan ikhlas memohon maaf secara ikhlas kepada pembaca terutama yang menganut agama Kristian," katanya yang juga ketua pegawai eksekutif dan penerbit akhbar tersebut.

Menurut Hussamuddin, akhbar itu akan menerbitkan penjelasannya berhubung perkara berkenaan dalam edisi cetaknya esok.

ADS