Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa kejadian "dolak dalih" berkaitan dasar kerajaan membuat pemimpin PKR tertanya-tanya mengenai kemungkinan rancangan reformasi perdana menteri sedang digagalkan timbalannya - dengan tidak memberikan kerjasama.

Kes terbaru, menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, membabitkan pembentukan jawatankuasa khas parli muhyiddin yassin and najib and umno men bagi meminda undang-undang pilihan raya.

"Tetapi penyakit dolak dalih ini terus menular dalam jawatankuasa pilihan khas pembaharuan pilihan raya apabila PM tunduk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada jawatankuasa pilihan khas tersebut," kata Nik Nazmi.

Menurutnya, setiap pelajar undang-undang dan perlembagaan Malaysia tahu bahawa kuasa membubarkan Dewan Rakyat tertakluk kepada nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?" soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Najib pada 15 Ogos lalu berkata jawatankuasa itu bertujuan memastikan integriti pilihan raya umum yang akan datang.

Keputusan sertai JK khas petang ini

Beliau bagaimanapun menolak desakan supaya pilihan raya berkenaan ditangguhkan sehingga jawatankuasa selesai menjalankan tugasnya.

Diminta menjelaskan hujah yang menyokong dakwaan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Nik Nazmi berkata hipotesis itu dibuat berdasarkan logik.

"(Dahulu) apabila Najib berkata mana-mana stadium (boleh digunakan untuk BERSIH), Kementerian Dalam Negeri berkata hanya stadium di Selangor NONE boleh digunakan dan ini dituruti (Najib).

"Sekarang Muhyiddin berkata sesuatu, dan kemudian Najib berkata pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa," katanya selepas sidang media itu.

Sehari selepas pengumuman jawatankuasa itu, Muhyiddin dilaporkan berkata sistem pilihan raya di negara ini tiada masalah dan jawatankuasa itu hanya bagi memperkasakan sistem sedia ada.

Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia berkata tuntutan Pakatan bagi mengetuai jawatankuasa khas parlimen bagi mengadakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya selari dengan amalan negara maju yang mengamalkan sistem Westminster.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan menentukan sama ada menyertai jawatankuasa itu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusatnya petang ini sebelum dibawa ke mesyuarat Pakatan esok.

ADS