Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan aktivis bagi tangguh perbicaraan ditolak
Diterbitkan:  Aug 23, 2011 4:36 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Seorang aktivis hak asasi manusia gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi penangguhan perbicaraan saman fitnah yang difailkan terhadapnya, yang dijadualkan esok.

Hakim Datuk Zainun Ali, Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinather menolak permohonan Charles Hector Fernandez bagi penangguhan perbicaraan itu dan memerintahkannya membayar RM10,000 bagi kos unadng-undang.

Syarikat Jepun, Kosei Sdn Bhd, menyaman Fernandez bagi memfitnah berhubung tulisan dalam blognya yang memaparkan masalah pekerja Myanmar di kilang itu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tiga hari bermula esok bagi perbicaraan saman itu.

Fernandez, yang juga seorang peguam, memohon perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuannya di mahkamah rayuan berhubung permohonannya bagi disenaraikan 31 pekerja asing itu sebagai defendan dalam saman itu, yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Rayuan itu ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 5 Okt.

Asahi Kosei yang memohon ganti rugi RM10 juta mendakwa enam entri yang disiarkan dalam blog Fernandez mengandungi kenyataan palsu, mengakibatkan syarikat itu menerima banyak pertanyaan daripada pelanggannya yang mendesak penjelasan berhubung entri di blog itu.

Fernandez diwakili peguam Francis Pereira dan Sharmini Thiruchelvam manakala syarikat itu diwakili peguam John Fam Sin Nin.

- Bernama

ADS