Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Pendakwa soal balas pakar asing
Diterbitkan:  Aug 24, 2011 9:31 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Prosiding membela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga dengan pihak pendakwa menyoal balas pakar forensik Dr David Wells.

Pakar dari Australia itu, yang merupakan saksi ketiga pihak pembela, memberitahu mahkamah semalam bahawa sampel air mani yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak dapat memberi keputusan yang diperlukan.

NONE Ia kerana sampel tersebut diambil selepas lebih dua hari kejadian liwat didakwa berlaku.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 26 Jun 2008, dan sampel itu diambil dari Saiful antara jam 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008.

Selain itu, katanya, sampel tersebut tidak disimpan dengan betul di di balai polis dan ia diserahkan kepada ahli kimia untuk ujian dua hari kemudiannya.

Dr Wells, yang merupakan pakar dalam bidang kes serangan seksual, dalam keterangannya semalam, juga berkata ketika mengambil sampel dari mangsa, dia akan melakukanya secara sendirian dan hanya dibantu oleh jururawat. Ini, katanya, untuk mengelak pencemaran.

Dalam kes Saiful, empat doktor berada bersama pengadu untuk mengambil sampel tersebut, serta dengan kehadiran pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

Pihak pendakwa dijangka menyoal Wells mengenai laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur ke atas Saiful, yang dianggapnya sebagai tidak tepat.

Selepas Wells, seorang lagi pakar dari Australia - pakar DNA Dr Brian McDonald, dijangka dipanggil memberi keterangan.

IKUTI LAPORAN LANGSUNG

ADS