Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan: KM Umno boleh menangkan BN di P Pinang
Diterbitkan:  Aug 24, 2011 2:33 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Kunci bagi BN merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ialah dengan menjanjikan kerusi ketua menteri diserahkan kepada Umno, kata akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia .

“Jika semua pihak setuju Umno akan menjadi ketua menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula,” tulis Zaini Hassan dalam kolum ‘Cuit’ hari ini.

utusan cuit 240811 anwar renaissance Katanya, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah 11 bagi Umno, satu bagi  PAS, 19 untuk DAP manakala PKR memiliki 9 kerusi.

“Jika semua pihak setuju (bagi Umno diberikan kerusi ketua menteri), maka undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada Umno dan Umno pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.

“Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku,” hujahnya.

Zaini juga membidas presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga pengerusi BN Pulau Pinang kerana “banyak membuat bising” baru-baru ini sedangkan beliau juga kurang arif mengapa media arus perdana mengasak sakan dirinya.

“Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?

“Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketau Menteri kepada Umno yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.

“Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya,” kata Zaini.

Mandela Malaya?

Zaini yang juga timbalan ketua pengarang kumpulan, Utusan Malaysia juga menyelar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semasa membela dirinya dari kandang tertuduh Isnin lalu kerana membuat ucapan “berbunga-bunga dan berfalsafah”.

Anwar pada keterangannya yang tidak boleh disoal-periksa itu menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.

michelangelo david sculpture 240811 “Anwar menyelitkan kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah? sindir Zaini.

Menurut Zaini, Anwar dalam keterangan 32 halaman yang dibacanya itu menggunakan bahasa Inggeris yang cukup tinggi dan dipenuhi jargon serta falsafah dalam usaha supaya orang mengenalinya sebagai the renaissance man atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini.

“Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambilo berbogel bulat,” katanya lagi.

Beliau seterusnya mencerita mengenai tokoh-tokoh renaissance yang  suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan.

[Baca berita penuh]

ADS