Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR mungkin tidak terima semua cadangan JK khas
Diterbitkan:  Aug 24, 2011 3:14 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Meskipun kerajaan sedang mengkaji penubuhan jawatankuasa khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya, namun Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) berkata tidak semua cadangan jawatankuasa itu akan diterima dan dilaksanakan.

NONE Menurut timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, buat permulaan suruhanjaya itu akan mengkaji dahulu praktikaliti dan kemungkinan cadangan jawatankuasa berkenaan.

Dalam wawancaranya di akhbar harian Cina, Sin Chew Daily , beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah perlembagaan persekutuan dan tidak tertakluk dengan kuasa atau arahan jabatan lain.

Wan Ahmad berkata sebagai badan tunggal di negara ini yang menjalankan pilihan raya dan mengkhusus dalam hal ehwal pilihan raya, hanya SPR sahaja yang mengetahui langkah-langkah yang boleh dilaksanakan.

Katanya lagi, walaupun jawatankuasa itu boleh membuat syor, tetapi cadangan mereka tertakluk kepada SPR yang akan perlu mengkaji perkara itu dari aspek-aspek praktikal, prosedur dan undang-undang.

"Apabila kita meneliti syor-syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu, kami akan menerangkan kepada mereka mengapa cadangan tertentu tidak boleh dilaksanakan, jadi mereka akan memahami masalah dan realitinya."

[Baca berita penuh]

ADS