Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno: JK khas bukan untuk tuntutan BERSIH
Diterbitkan:  Aug 24, 2011 8:33 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

    

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam jawatankuasa khas itu adalah daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa NGO yang berdaftar.

    

"Pemuda Umno setuju dengan penubuhan jawatankuasa khas itu untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada BERSIH 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jom Ihya Ramadan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut di Kepala Batas hari ini.   

    

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada BERSIH 2.0.

    

Katanya Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

    

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Terdahulu Khairy dalam ucapannya berkata menerusia Program Jom Ramadan 1Malaysia pihaknya memperuntukkan RM130,000 bagi membaik pulih 13 buah masjid dan surau di seluruh negara.

    

Program ini berlangsung dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang serta memberi lebih tumpuan kepada penglibatan golongan muda, katanya.

    

- Bernama

ADS